Sunday, January 18, 2009

Wahai Suami, Siapakah Isteri Anda?....

WAHAI SUAMI...SIAPAKAH ISTERI ANDA?......
Kalau saya tanya pada anda selaku suami soalan di atas, apa agaknya reaksi anda? Mungkin jawapannya, saya dah bercinta 2 tahun sebelum kahwin, saya dah mula tertarik pada dia sejak tahun satu di Universiti, kami ada kaitan saudara, kami dah berkawan sejak tadika lagi dll , maka sudah sudah tentu saya kenal isteri saya seperti saya kenal diri saya sendiri. Ada juga pasangan yang ditemukan jodoh oleh ibu bapa, namun pasti mendakwa mengenali isterinya sekurang-kurangnya dalam tempoh pertunangan. Bahkan kalau ditemubual masa nak kahwin atau baru kahwin, tentu lelaki itu akan kata, dia dah bertemu pasangannya yang akan sehidup semati, orang yang paling sesuai dan sehati sejiwa dengannya, dan lain-lain ungkapan yang menggambarkan pasangan ini sangat rapat dan mengenali antara satu sama lain. Ada pasangan yang semasa bertunang sudah meluahkan semua maklumat peribadinya kepada pasangan masing-masing hingga bila dah kahwin tak ada lagi maklumat yang nak disampaikan. Begitu sekali suami pasti akan mendakwa benar-benar kenal isterinya.
Secara teorinya pasangan suami-isteri mengambil masa antara 1 hingga 5 tahun untuk benar-benar mengenali pasangan masing-masing. Dengan sebab itu kadar perceraian paling tinggi dalam tempoh berkenaan. Kalau melepasi tempoh berkenaan, biasanya OK. Mengenali bakal isteri dalam tempoh percintaaan, sebenarnya hanya mengenali separuh dari isteri, sementara itu sebahagian lagi akan dikenali bilamana lelaki tadi sudah menjadi suami yang datang bersama-samanya tanggongjawab sebagai suami. Semasa kursus perkahwinan, perkara ini pasti telah disentuh oleh penceramah. Namun begitu, antara teori dan pelaksanaan, banyak bezanya.
Kalau seorang suami dikatakan tak kenal isterinya tentu dia marah, rasa tercabar dan egonya akan membakar. Lelaki dikatakan memiliki ego yang dikaitkan dengan kemampuan untuk memimpin. Al-Quran dengan jelas meletakkan status pemimpin kepada lelaki dalam rumahtangga. Tetapi, status ini bukanlah sesuatu yang datang dengan percuma dan secara ‘warisan’. Peranan dan jawatan ini datang bersama-sama tanggongan yang berat dan menuntut sisuami melengkapkan diri dengan ciri-ciri kepimpinan. Kalau nak dakwa sebagai pemimpin semata-mata atas gelaran suami, itu muka tak malu namanya. Ada suami yang tak menunaikan nafkah dengan sempurna, bahkan ada yang sanggup memukul isteri pada siang hari dan pada malam hari ingin bersama dengan isterinya. Isteri kena juga taat kerana itu tanggongjawabnya selagi tidak disuruh melakukan sesuatu yang menderhakai Allah. Kalau gaduh sikit-sikit itu masih boleh diterima sebagai asam garam rumahtangga. Kalau seseorang suami benar-benar kenal isterinya, ia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang buruk keatas isterinya. Kalau pasangan ini sudah tidak serasi lagi maka jalan akhir yang perlu ialah bercerai, itupun dilakukan dengan baik.
Sebenarnya, terdapat dua aspek yang perlu diketahui oleh suami sebalum ia dikatakan benar-benar kenal isterinya. Kedua-dua aspek itu adalah seperti berikut:
1. Mengenali status dan kedudukan isteri
2. Mengenali isteri itu secara luar dan dalamnya secara peribadi
Artikel berikutnya saya akan sentuh tentang status dan kedudukan isteri untuk dikenali dan dinilai oleh suami masing-masing.

5 comments:

Shahir said...

Salam Dr. Tahniah kerana ada blog sendiri. Semoga kita boleh berkongsi idea dan pandangan. Salam Perjuangan dari saya Ahmad Shahir Abdul Aziz

Zulzaidi said...

Salam Perkenalan,
Saya Zulzaidi nak ucapkan selamat berjaya kepada Dr. Semoga ceria dan bahagia selalu... Semoga saya, Shahir dan rakan2 akan dapat A dalam subjek SKI InsyaAllah...

Anonymous said...

salam Dr...informasi yg diberikan sgt bguna. Walaupun sekarang saya belum bkahwin tapi sy mengambil inisiatif utk diri sdiri pd peringkat awal untuk mengambil tahu semua ini sebelum melangkah ke alam perkhawinan. Cuma ingin saya berikan 1 cadangan utk blog Dr. ini. Diharapkn Dr. dapat sediakan ruangan 'subcriber' utk pembaca setia blog ini agar segala informasi blog ini dapat d terima terus ke email para subcriber. Terima kasih..

Anonymous said...

Salam,

Dr bila nak sambungkan artikel ni?

MyLife Ria said...

sama2 mendapat manfaat. thanks for sharing :)